
Isnin, 9 Jun 2014 @ 6:28 PTG
biarkan pergi.
Petir sambar - Menyambar. Silau.
Aku terpaku masih dalam khayalan sendiri.
Melihat air yang turun, deras dan laju.
Sehingga menepis tepi bibirku.
Sebak. Tak terkata dek mulut.
Tak di gambar rasa di hati.
Tersedu-sedu mencari sesuatu.
Hujan deras jatuh tanpa henti.
Membasahi pipi.
Tandanya peritnya rasa ini.
Ya, rasa di dalam hati.
Aku dilempar kaca.
Kaca yang cantik dan mahal.
Aku terlupa itu cuma kaca.
Cantiknya kaca sehingga aku lupa.
Itu cuma kaca.
Melangkah terus.
Tiada siapa tahu, bila langkah ini terhenti.
Cuma, jangan toleh lagi.
Kerna takut kau tersadung.
Jatuh dan sakit lagi.
Dan.. Biarkan ia pergi...
back to top?