
Ahad, 10 Februari 2013 @ 10:30 PTG
Busuk Hati .
Assalamuailaikum..
hey guys! so kali ni tajuk entry yang tak menarik sangat kan . aku nak bercerita pasal busuk hati . siapakah yang aku maksudkan ? eh eh harap faham tiada mengena antara hidup mahupun yang dah menjadi arwah . hiks !
setiap manusia kat dunia ni diberi seketul hati right ? dalam hati ade perasaan yg sukar digambarkan right ? dari hati juga kita menangis , dari hati kita marah , dari hati juga dapat merasai kebahagiaan kannnnnzzz .. so senang cerita hati ni memainkan peranan yang besar dalam mengawal emosi seseorang kan kan kan kan ! (angguk lah sikit tanda setuju . huahuahua)
macam mana pula orang yang busuk hati ni ? ehh menipu lah kan aku ni tak pernah busuk hati dengan seseorang kan . in fact , semuaa orang pernah kan . tapi kebanyakan orang akan balik ke pangkal jalan iaitu berfikiran positif semula , lambat laun hilang juga perasaan busuk hati tu . dan itu lah yang selalu aku buat untuk meneutralisasi kan semula perasaan busuk hati ni . sentiasa POSITIF !
**eh eh kau orang jangan perlu terkeliru Busuk hati dan iri hati ye.
senang cerita , iri hati tu macam kau orang rasa bila markah ujian kau orang lebih rendah dari kawan baik kau orang . hahaha . kebiasaannya sifat iri hati ni bersifat sementara asalkan kau orang tak berdendam . hihihi . dan busuk hati ni , kau orang ni asyik rasa tak puas hati dengan orang sehingga kau orang berbuat jahat dengan dia , contoh paling senang , ade ke patut pegi hasut kawan-2 yang lain supaya jangan kawan dengan orang yang kau orang benci tu . tak class langsung tauu .
contoh aku beri ni takde kena mengena lah dengan aku . insyaAllah , kawan-2 aku masih baik-baik belaka , hehehe . Alhamdulilah . keep it up my friends !!
buat sang busuk hati , jum kita lupakan sifat ni , kalau dia datang jugak kat diri kau orang , sepak jauh-2 dengan cara , sentiasa berfikiran positif . zikir , selawat bagi yang islam . tak guna ade perasaan busuk hati ni , seriously , memang sangat tak guna kalau ade perasaan ni , sebab boleh makan diri juga .
Auchh , entry yang tak berapa nak sempoi ni akhirnyaa hampir habis jugak kau orang baca , terima kasih luangkan masa dekat diary buruk aku ni . hahaha .
berkutak-katik keyboard di lain hari . jaga diri jaga hati ! : cik Mieyza ^_^
back to top?